New Mobile Ringtone for download

Click here and Check this out latest update (coming soon).

This is slide 2 Iphone

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Play mobile Games

Android Games

Internet Marketing

Failure and rejection are only the 1st steps to succeeding.

Download movie terbaru

Jom Download movie apa best??

Sunday, April 21, 2013

Kerinduan Bertemu Rasulullah


Kerinduan Bertemu Rasulullah

~ Berpesan pesan sesama insan ~
Klik Gambar untuk link video
Dato' Harun Din (Video)



Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya.
 
Kerinduan kepada Rasulullah kerap ditambah dengan keinginan bermimpi ketemu beliau. Dibacanyalah beribu-ribu selawat dengan mengintensifkan seluruh amal ibadah. Keinginan itu sering jadi kenyataan. Bahkan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya:  “ Barangsiapa yang pernah melihat aku dalam mimpinya, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak boleh menjelma dengan rupaku “.
(Sahih Al-Bukhari)

 Mimpi jumpa Nabi adalah kurnia yang diberikan hanya kepada orang yang telah bersih jiwanya. Oleh Rasulullah disebutkan, ''Termasuk orang kikir yang tidak bersalawat padaku, saat namaku disebut orang.'' Sebaliknya, yang bersalawat sekali kepadanya, Allah memberinya 10 rahmat dan melenyapkan 10 dosanya.

Tanda kerinduan kepada Rasulullah adalah menjalankan seluruh perintahnya. Menghadirkannya secara penuh di hati, seakan beliau selalu hadir di sisi kita, seperti beliau katakan: ''Beruntunglah orang yang melihat aku dan beriman kepadaku. Tapi, beruntunglah, beruntunglah, wahai beruntunglah orang yang meskipun tidak melihatku tapi beriman kepadaku.''
Allahuma Shali 'Alaa Muhammad Wa 'alaa aali Muhammad Kamaa Shalllaita 'alaa Ibrahim, Wa 'alaa aali Ibrahim, Innaka hamidum-majiid. Allahumma Barik 'alaa Muhammad, Wa'alaa aali Muhammad, Kamaa Barakta'alaa Ibrahim, Wa'alaa aali Ibrahim,Innaka hamidum-majid.

Hasil nukilan seorang Tokoh Gerakan Islam Malaysia


~ Berpesan-pesan sesama insan ~

Kemalangan di lebuhraya Persekutuan Pada 21 April Jam 4:25 pagi

Punca Kemalangan Maut Penunggang Motorsikal Di Lebuhraya Persekutuan pada 21 April 2013

Berpunca daripada sekumpulan penunggang motorsikal yang berhenti ditepi jalan dan dilanggar oleh pemandu kereta yang dikatakan mabuk. Wallahu a'lam..


Klik video





Lebuhraya Perseketuan atau lebih dikenali mudah disebut sebagai Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal di bina di Malaysia.

Lebih kurang jam 4 pagi tadi (21 April 2013) kami dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan lebih daripada 12 orang. Menurut maklumat yang diterima, 7 maut dan selebihnya cedera (maklumat tidak rasmi).







Kemalangan ini melibatkan 5 motosikal dan 2 biji kereta. Kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan ngeri kerana mayat kelihatan bergelimpangan di atas jalan dan ada antaranya yang putus tangan


putus kaki dan terputus dua. Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi highway ini secara berkumpulan

Takziah kepada Arwah dan Keluarga yang terlibat. Al-fatihah

Sumber: Internet