New Mobile Ringtone for download

Click here and Check this out latest update (coming soon).

This is slide 2 Iphone

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Play mobile Games

Android Games

Internet Marketing

Failure and rejection are only the 1st steps to succeeding.

Download movie terbaru

Jom Download movie apa best??

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Apple Mahu Halang Penjualan peranti Samsung



Apple Mahu Halang Penjualan 8 Peranti Samsung


Oleh kerana Apple memenangi kes saman ke atas Samsung atas dakwaaan Samsung meniru feeldan kekacakan rupa paras iOS serta reka bentuk iPhone, maka Apple bercadang mahumenghalang penjualan 8 peranti Samsung, kelapan-lapan peranti itu adalah telefon pintar yang sudah sedia ada di jual di pasaran, nasib baiklah Samsung Galaxy S3 yang merupakan telefon pintar terbaru Samsung tidak dimasukkan dalam senarai, hanya telefon pintarSamsung Galaxy S2/SII sahaja. Jika Mahkamah meluluskan permintaan Apple untuk menghalang penjualan kelapan-lapan telefon pintar Samsung ini, maka mahu atau tidak Samsung terpaksa menarik balik kesemua model telefon pintar tersebut dari pasaran. 8 peranti Samsung yang mahu dihalang penjualannya oleh Apple melalui kuasa injuksi Mahkamah adalah…
  • Galaxy S 4G
  • Galaxy S2 AT&T
  • Galaxy S2
  • Galaxy S2 T-Mobile
  • Galaxy S2 Epic 4G
  • Galaxy S Showcase
  • Droid Charge
  • Galaxy Prevail

Saturday, August 11, 2012

LOKASI PERANGKAP HAD LAJU SEMPENA ADILFITRI






LOKASI PERANGKAP HAD LAJU SEMPENA ADILFITRI 2012

Arah Utara (Dari KL):


1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


PLUS Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 –Km 249 (Persimpangan Seremban –Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak


PLUS Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam



KESAS


1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 –Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 10, 2012

Shila Hamzah Berazam Mahu Kekal Bertudung

Selebriti terkenal Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.



Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Shila berkata, dia mula mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, beliau akan buka semula.

Hasrat beliau, 22, untuk kekal bertudung terlaksana selepas diajak kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya.
“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.
“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.
“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.

“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai,” katanya sambil menambah, “bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila.”
Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.

PlaySmartphone

“Ayah saya selalu berpesan pada saya, hidup ini adalah satu perjalanan. Solat itu penting bagi seorang Islam dan pelbagai ujian yang saya akan tempoh.
“Saya ingin memperbaiki hubungan saya dengan manusia dan juga dengan ALLAH,” jelas penyanyi ini.

Shila Amzah telahpun menukar penampilannya kepada seorang gadis yang bertudung, setelah 15 hari melepasi tempoh percubaan. Ibu Shila Amzah telah mengucapkan rasa terharu dan syukur atas perubahan yang telah dilakukan oleh anak perempuannya.

Shila kini sedang sibuk dengan penggambaran program Raya Mania, yang akan bersiaran pada 1 Syawal menerusi Astro Ria berkata, terdapat beberapa program akan kelihatan dia dengan imej lamanya tidak bertudung.
“Saya harap peminat di luar nanti tidak akan salah faham apabila melihat sesetengah program raya jika saya tidak bertudung.

“Ini kerana program tersebut dilakukan sebelum saya bertudung,” katanya.
Shila turut memberitahu dia dan keluarga akan menyambut 1 Syawal di Ipoh dan akan beraya bersama keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang pada raya kedua nanti.

Menurut ibu Shila, sebelum Shila mengambil keputusan untuk terus bertudung, beliau terlebih dahulu meminta pendapat daripada ibu dan ayahnya, N.D Lala mengenai keputusan yang bakal dilakukan.
Sebelum ini Shila risau sekiranya beliau bertudung, ia akan menjejaskan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, atas nasihat ibu bapanya yang menyatakan bahawa “rezeki semuanya datang dari Allah S.W.T.” Oleh itu, apa yang tertulis menjadi milik umatnya, pasti akan terjadi dan begitu juga sebaliknya.

Pada masa yang sama, ibu Shila turut berharap agar anaknya akan terus bertudung dan beliau bersyukur atas keputusan drastik yang dilakukan oleh Shila.
“Saya mengharapkan agar Shila akan terus bertudung sampai bila-bila dan kami sekeluarga akan terus menyokong Shila,” ujar ibunya lagi.

Tambah ibunya lagi, kini dia dan anak gadisnya sedang gila “shopping” tudung dan sudah beberapa kali pergi ke Jalan TAR untuk membeli koleksi tudung buat anaknya, Shila.

Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan

NUSAJAYA: Seorang lelaki yang sedang asyik melakukan hubungan seks bersama seorang wanita tiba-tiba tidak sedarkan diri. Setelah pemeriksaan dijalankan , ternyata lelaki itu telah mati akibat menelan pil dalam dos yang banyak.


                  Sekadar Hiasan

Bulan Ramadhan sepatutnya kita menambah amalan ibadah, bukan menambah amalan dosa. Bulan ramadhan ini juga merupakan satu ujian buat kita. Namun adakalanya kita boleh tersungkur dek kerana iman yang lemah. Seperti mana dalam kisah ini, akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk ‘bertahan lama’ ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam. Menurutnya, kematian lelaki itu disedari teman wanitanya berusia 24 tahun, jam 11 malam hari kejadian selepas mangsa dikatakan tidak bergerak menyebabkan wanita itu panik.




“Pasangan itu dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks sebelum tertidur dan pada masa sama, mangsa meninggal dunia.

“Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis, jam 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Noor Hashim berkata, siasatan awal di bilik didiami pasangan itu membawa kepada penemuan sebotol ubat kuat dipercayai diambil mangsa sebelum mereka melakukan hubungan seks.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut, namun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Saya menasihatkan orang ramai terutama lelaki lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual di pasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut,” katanya.

Tuesday, August 07, 2012

Baskin Robins: Free ice-cream deal still on despite



KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei may have lost the Olympic men’s badminton final, but the Malaysian public’s dream of scoring free ice-cream is still alive.
Baskin Robbins has clarified that its “free ice-cream for all Malaysians” pledge was not only limited to whether Chong Wei grabs the gold medal in badminton.
A  Baskin Robbins’ spokesman said people had assumed that the freebie was being offered only if the national shuttler bagged the gold medal.
“The message sent out was that, if any Malaysian athlete were to return from the Olympics with a gold medal, then we (Baskin Robbins) will be giving out Baskin Robbins ice-cream to Malaysians nationwide,” said a company representative.
“The ice-cream will be distributed on August 8. Lee Chong Wei may not have brought back Malaysia’s first-ever Olympics gold medal but we still have high hopes for the remaining Malaysian athletes and this is just one way of showing our support,” she said
*Esok(8 Ogos) conform boleh makan Baskin Robins dari 8mlm-10mlm. Hehehe..

Monday, August 06, 2012

Haiwan Pelik Seperti Cacing Ditemui

Sejak sebelum era dinosaur lagi satu spesis amfibia yang tidak berkaki hidup bebas di bawah tanah yang beriklim monsun di pedalaman utara India tanpa diketahui saintis. Sekumpulan saintis India yang menemui spesies baharu amfibia memberikan ia nama chikilidae setelah menggali tanah untuk mencari haiwan berkenaan di hutan selama lima tahun. Namun pada masa yang sama, ada juga yang menganggap ia sebagai ular. Namun jika kita lihat dari imej cacing tersebut, kelihatan seperti kecil pula.

Gambar yang disiarkan www.frogindia.org semalam menunjukkan seekor chikilidae dewasa bersama anaknya yang baru menetas.
Ketua kajian tersebut, Profesor Sathyabhama Das Biju dari Universiti New Delhi berkata, chikilidae tergolong dalam keluarga caecilian iaitu yang paling primitif antara tiga kumpulan amfibia termasuk juga katak dan salamander. Disiarkan dalam jurnal Royal Society of Londonsemalam, penemuan mereka mengukuhkan lagi bukti bahawa India dipenuhi hidupan amfibia dengan habitat yang perlu dilindungi.
Menurut Sathyabhama, chikilidae bukan sahaja tidak berbahaya tetapi ia turut membantu petani dengan memakan ulat dan serangga yang merosakkan tanaman manakala pergerakan spesies itu di bawah tanah dapat membantu menyuburkan tanah.
Namun, penduduk tempatan kerap membunuh chikilidae kerana tersilap anggap bahawa amfibia itu merupakan seekor ular berbisa.

Pelik: telur amfibia, yang ditemui di utara-timur India, kelihatan seperti guli telus dengan benih di dalamnya.

Penemuan purba: makhluk, yang ditemui oleh profesor SD Biju,mungkin pernah ditemui di Afrika.

Lengkap: telur menunjukkan amfibia curles dengan kelihatan kepala.

Habitat: Saintis SD Biju (dua dari kiri) bersama pasukannya semasa kerja-kerja mengali tanah di India.