Monday, August 13, 2012

Hotel Yang Unik Di Dunia

Setiap pemilik hotel akan memastikan pusat penginapan mereka akan sering menjadi tumpuan oleh orang ramai terutamanya dari luar dan dalam negara. Namun persaingan ini sering menjadi persoalan di antara pemilik hotel. Bagaimana cara untuk menarik minat orang ramai supaya menginap di hotel mereka. Oleh itu, terdapat beberapa pemilik hotel menjadikan hotel mereka paling unik di dunia.
Lihat gambar hotel di bawah ini.

1. Hotel Yang Menggunakan Kad Kunci





2. Hotel Ais Sweeden





3. Hotel Sampah Di Dunia



4. Hotel Terbang Yang Terbesar Di Dunia



5. Hotel Bergerak




6. Hotel Tergantung Di Puncak Gunung 

 



Hotel tergantung di puncak gunung ini hanya terdapat di Itali yang mana ianya diletakkan di tepi cenuram (lereng bukit dan lain-lain yang curam) puncak gunung Mont Blanc, Itali. Hotel kabin berbentuk silinder itu dihasilkan oleh syarikat Itali, LEAPfactory dan diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter. Hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.


Untuk pengetahun anda semua, rekaan hotel yang mesra alam itu dihasilkan dengan kos mencecah 214,000 pound (RM1.05 juta). Walaupun ianya nampak kecil, hotel itu mampu dilengkapi dengan 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung. Panel solar diletakkan di atas bumbung untuk memperolehi tenaga.

7. Hotel Pelik Bertemakan Penjara Di China



Di Hefei, ibu kota wilayah Anhui, China, sebuah hotel yang bertemakan penjara baru sahaja dibuka. Hotel tersebut benar-benar seperti penjara apabila kesemua pintu bilik hotel dibuat dengan jeriji besi, sama seperti yang biasa kita lihat di mana-mana penjara. Walaupun menyerupai bilik penjara, ianya tetap lengkap dengan semua kemudahan asas. Takdelah sampai kena tidur di atas lantai simen. Jika kebetulan anda pergi ke ibu kota wilayah Anhui, China nanti, bolehlah cuba bermalam kat hotel tersebut sebab bayarannya boleh dikatakan cukup murah, hanya dalam lingkungan RM65 (GBP 12) sahaja.

8. Hotel Treehouse UFO 



UFO Treehouse Hotel - Terletak di hutan yang tenang berhampiran Sungai Lule dalam Harads, Sweden Treehotel, taman hotel bertema terdiri daripada treehouses yang direka oleh beberapa arkitek Scandanavia yang baru dianugerahkan 2011 Sweden Grand Pelancongan Hadiah utama. Terdapat 24 bilik dirancang. Sebahagian daripada mereka, termasuk Mirrorcube dan sarang burung telah dibuat sekitar blog meluas beberapa bulan yang lalu, tetapi butir-butir halus bilik UFO adalah luar biasa. Permukaan luar dan lampu anggun membuatkan pengalaman yang nostalgia hari ET dan Flight of Navigator, dan apa yang tidak suka mengenai planet bantal dan gebar? Satu penginapan di hotel ini sekitar kira-kira AS $ 600/night (RM1,870) untuk dua orang dewasa.

0 comments:

Post a Comment

please leave your comment