Friday, August 10, 2012

Shila Hamzah Berazam Mahu Kekal Bertudung

Selebriti terkenal Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.



Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Shila berkata, dia mula mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, beliau akan buka semula.

Hasrat beliau, 22, untuk kekal bertudung terlaksana selepas diajak kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya.
“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.
“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.
“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.

“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai,” katanya sambil menambah, “bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila.”
Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.

PlaySmartphone

“Ayah saya selalu berpesan pada saya, hidup ini adalah satu perjalanan. Solat itu penting bagi seorang Islam dan pelbagai ujian yang saya akan tempoh.
“Saya ingin memperbaiki hubungan saya dengan manusia dan juga dengan ALLAH,” jelas penyanyi ini.

Shila Amzah telahpun menukar penampilannya kepada seorang gadis yang bertudung, setelah 15 hari melepasi tempoh percubaan. Ibu Shila Amzah telah mengucapkan rasa terharu dan syukur atas perubahan yang telah dilakukan oleh anak perempuannya.

Shila kini sedang sibuk dengan penggambaran program Raya Mania, yang akan bersiaran pada 1 Syawal menerusi Astro Ria berkata, terdapat beberapa program akan kelihatan dia dengan imej lamanya tidak bertudung.
“Saya harap peminat di luar nanti tidak akan salah faham apabila melihat sesetengah program raya jika saya tidak bertudung.

“Ini kerana program tersebut dilakukan sebelum saya bertudung,” katanya.
Shila turut memberitahu dia dan keluarga akan menyambut 1 Syawal di Ipoh dan akan beraya bersama keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang pada raya kedua nanti.

Menurut ibu Shila, sebelum Shila mengambil keputusan untuk terus bertudung, beliau terlebih dahulu meminta pendapat daripada ibu dan ayahnya, N.D Lala mengenai keputusan yang bakal dilakukan.
Sebelum ini Shila risau sekiranya beliau bertudung, ia akan menjejaskan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, atas nasihat ibu bapanya yang menyatakan bahawa “rezeki semuanya datang dari Allah S.W.T.” Oleh itu, apa yang tertulis menjadi milik umatnya, pasti akan terjadi dan begitu juga sebaliknya.

Pada masa yang sama, ibu Shila turut berharap agar anaknya akan terus bertudung dan beliau bersyukur atas keputusan drastik yang dilakukan oleh Shila.
“Saya mengharapkan agar Shila akan terus bertudung sampai bila-bila dan kami sekeluarga akan terus menyokong Shila,” ujar ibunya lagi.

Tambah ibunya lagi, kini dia dan anak gadisnya sedang gila “shopping” tudung dan sudah beberapa kali pergi ke Jalan TAR untuk membeli koleksi tudung buat anaknya, Shila.

0 comments:

Post a Comment

please leave your comment