Thursday, October 25, 2012

Tips: Bagaimana cara nak menghantar Voice Note dengan BBM atau aplikasi WhatsApp

Tidak semua yang tahu bahawa Blackberry Messenger (BBM) atau WhatsApp terdapat kemudahan menghantar pesanan suara secara percuma atau dipanggil Voice Note. Kemudahan Voice Note ini juga lebih kurang sama macam kita bermain Walkie talkie atau Zello, kita perlu bercakap secara bergilir-gilir.

Di sini saya nak berkongsi sedikit tips cara mudah hendak bermain dengan voice note pada BBM kita. Mungkin juga ramai yang dah tahu dan biasa bermain dengan voice note ini. Di sini saya hanya sekadar hendak menunjukkan cara yang betul dan mudah untuk menghantar Voice Note.

Untuk mengirim voices note (pesanan suara) dengan (BBM) sangatlah mudah.  
Cuba ikuti langkah – langkah berikut:

  • Buka aplikasi BBM pada Blackberry anda. 
  • Pilih "contact" yang ingin anda kirim pesanan suara atau Voice Note.
    Tekan Track pad dalam 3 saat. terdapat 6 Paparan pilihan seperti paste,View contact, send picture, Send voice note, Switch chat dan Full menu seperti gambar 1 di bawah dan pilih "Send Voice Note"



Gambar 1
Klik Trackpad dalam 3saat

  • Paparan "Voice note recording" akan keluar dan anda boleh mula bercakap sehingga 59 saat. Setelah selesai sahaja anda bercakap sila tekan Stop seperti gambar 2.

Gambar 2
Mula merakam suara

  • Sama ada anda hendak memainkan dahulu sebelum menghantar atau terus tekan "Send" seperti gambar 3.
Gambar 3
Main semula atau terus hantar

  • Jika rakan anda juga membalas pesanan suara voice note anda akan terima seperti gambar 4 di bawah. 


Gambar 4
Menerima Voice Note

  • Setelah selesai mendengar voice note yang diterima, anda boleh terus memilih "relpy" seperti gambar 5. Begitu lah seterusnya...
Gambar 5
"Play" dan "Reply"

Tips:
*Jika beberapa kali anda gagal menghantar voice note, cuba tukar mobile network dari 2G ke 3G
* Untuk aplikasi di WhatsApp, caranya adalah lebih kurang sama sahaja

Selamat Mencuba...

    0 comments:

    Post a Comment

    please leave your comment